Tuesday 23 August 2011

Ayam dan ltik...;)


berbakti betul aku kat manusia!!!!


Assalammualaikum wbt..sahabat sahabiahku..apa khabar kalian semua? semoga kalian sntiasa dinaungi Allah dengan rahmat dan keredhaanNya..Aamiin Allahumma Aamiin..

lame x kongsikan cerita dngan kalian semua..harini ana nak kongsikan sikit cerita yg ana copy dari shabat lain..semoga bermanfaat buat renungan kita bersama..InsyaAllah..^^..

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran.  Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa semua orang mengatakan  aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti,  aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata  orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.

Pelayan terdiam sejenak dan  kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan  lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan  ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan  sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa  cemburu dengan sang lembu.

Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang  berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati,  kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku?  Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut  memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan  kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti  itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

"Adakah tuan tahu apa jawapan sang  lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang  mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.

"Sang  lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih  hidup..."


sy walaupun gemok...tp comel..;) boohhboohh



Moral:

Berbuatlah kebajikan  sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal  dunia, baru mengharapkan orang lain utk berbuat kebajikan atas nama  kita.


artikel di petik dari AMIN HOMEPEJ


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...