Thursday 22 September 2011

Apakah itu kasih dan sayang......^_^


Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI DAN HARGAILAH ORG YANG MENGASIHI ANDA...;)

Ya Allah..letih sgt!!

Im So Tired


badanku terasa sgt letih..dalam membuat persediaan tuk mengadakan pameran matematik, iaitu Pameran Matematik Berasaskan Alam Sekitar..kami sekelas telah meluangkan masa selama seminggu untuk menghias, menyiapkan dan membina segala keperluan yang diperlukan untk menjayakan pameran ini. Konsep pameran kami ini bertemakan orang Asli kerana Dr. Puma ingin seluruh warga IPG Kampus Raja Melewar terutamanya kami sendiri memahami cara hidup orang Asli yang terdapat di seluruh negara. Tema orang Asli ini juga menjadikan pameran kami ini lebih bombastik dan menarik minat warga kampus untuk melihat apa yang dipamerkan. Pameran ini telah berlangsung semalam, iaitu pada 22 September 2011 dan akan disambung lagi pada hari ini sehingga jam 12.30 tgh hari....kami mendapatkan feedback yang postive dari para pengunjung, terutamanya para pensyarah dan juga senior math kami..walaupun terasa sangt letih, tapi kami rasa sangt puas kerana usaha dan tenaga kami selama ini dihargai dan mendapat sambutan yang menarik...selain itu, hubungan kamin sekelas menjadi lebih rapat kerana banyak masa n kerja telah kami lakukakn bersama-sama...di sini kita boleh melihat sikap bekerjasama dan tolong menolong antara rakan yang selama ini kurang ditonjolkan...akhir sekali, saya berasa sangt puas dan gembira...hehe...gambar akan diupload kemudiaan...;)

nasib bek ak x mcm ni lagi...huhu...

Tuesday 20 September 2011

bahaya panadol...!!



UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

inilah keadaan buah pinggang..apabila sudah rosak...nauzubillah..

Sunday 18 September 2011

Tanda-tanda pembohongan berlaku..kuikui;)

*       


Menyentuh hidung

~ Apabila individu tu berbohong..tisu2 erektil pada  hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai Pinocchio..huhu...jadi..sekiranya seseorang tu kerap menyentuh hidung yag tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya..huhu...

*        Menutup mulut

~Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong..lni merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi krn dari kecil lagi sudah dididik untk tidk berbohong...jadi..apabila mulut mengeluarkan kata2 dusta, so..tgn dengan sndirinya akan cuba menghalang perbuatan tersebut..;)

*        Pergerakan mata

~Org yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong..Sebaliknya, ada jg keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini juga merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong..Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan diirnya tidak berbohong...

*        Gagap

~Apabila seseorang yang berckp lancar dan licin, tiba-tiba gagap merupakan tnda sedang mengalami tekanan emosi..sekirnya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pili, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orng tersebut sedang berbohong.

*        Melengah-lengahkan jawapan

~ Orng yang berbohong perlu berfikir sebntr utk mereka cipta pembohongan mereka, mungkin dgn cara berdehem, batuk dan sebagainya...;)

*        Resah

~Org yang berdusta nih kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan besar seseorang itu sedang berbohong...;)

p/s: itu hanyala tanda-tanda..sekiranya anda yg membaca post ini berkelakuan sebegini dan bukan sedang berbohong, jgnla marahkan sy..huhu...ini hanyalah sebagai info tuk kalian menghadapi masyarakat sekeliling...Oleh itu..jgnlah kita berniat @ melakukan pembohongan...;)


         

Adab dan Sifat Berdoa...;)




Berdoa ialah suatu ibadah yg mempunyai peraturan yg perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antaranya ialah:
1> Keadaan bersih diri sebaik2nya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
2> Dlm keadaan khusyuk dan merendahkan diri kpd Allah dan menghadap ke arah kiblat.
3> Merendahkan suara dan tidak mengganggu org lain.
4> Jangan menggunakan lafz doa yang bersajak.
5> Yakinkan bahawa doa yg dipohon itu diperkenankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6> Mengulang-ulangkan ungkapan doa yg penting di tempat2 yg tertentu.
7> Memulakannya dgn memuji Allah dan selawat (ke atas Nabi Sallallahu'alaihi wassalam) dan juga mengakhirinya dgn pujian terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berselawat.
8> Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
9> Hendaklah memahami isi dan maksud doa yg dilafazkan.
10> Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jgn memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
11> Memulai doa dgn memohon keampunan utk dosa diri sendiri yg dilakukan, kemudia utk saudara-mara beriman.
12> Hendaklah dgn penuh perasaan pengharapan dan jgn cuba mengatakan:"Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan."
13> Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras bahu seperti yg dibuat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam.
14> Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
15> Berdoa dgn suara perlahan
.



aminn........


“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun”




Thursday 15 September 2011

paras rupa VS hati budi..????

manakah pilihan anda??antara paras rupa seseorang ataupun budi bahasa seseorang??mesti ada antara kita yang akan memilih paras rupa..kerana paras rupa baginya adalah aset yg penting...namun begitu, tidak kurang juga yang memilih budi bahasa yang terdapat pada seseorng....hal ini bergantung kepada keperluan dan kehendak masing2....hehe...x tau nape mlm ni walaupn sangt letey..ak still nk tulis entry ni..huhu....

andai kata kita memilih paras rupa seseorang, contohnya, seorang lelaki memilih seseorang wanita itu kerana paras rupa dan tidak mementingkan budi bahasa...adalah tidak untung mana. Hal ini kerana, kecantikan seseorang akan luntur jua dalam tempoh masa yang tertentu...namun, kehalusan budi bahasa yang sedia tertanam dalam jiwa seseorang itulah merupakan aset yang paling berharga dan kekal abadi selamanya....

jadi di sini, ingin ku utarakan persoalan bgi diriku sendiri...ak mau pilih paras rupa atau budi bahasa?setakat ini....sgt no komen...huhu....i just follow the path..just carry on....

p/s : ape tujuan entry ini ditulis pun ak sendiri x tau...huhu....;)

mungkinkah hatiku milikmu....?!;)


Di sisimu aku terdiam seribu bahasa ..dihatiku bergetar sejuta rasa..namun sukar untukku meluahkan kucinta padamu..nafasku terhenti bila melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku ini...mungkinkah hatimu milikku jua..ku syg padamu......ceewahh...romantik gitu lirik lagu ini...mampukah sepotong lirik ini mampu meluahkan perasaanku padamu??.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................masa mungkin mampu menentukannya....so...no komen...<(*_*)>

p/s :hihi....rasa ringan je jari nih nak taip entry nih...x taula nape...huhu..gom r...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...