Sunday 18 September 2011

Adab dan Sifat Berdoa...;)




Berdoa ialah suatu ibadah yg mempunyai peraturan yg perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antaranya ialah:
1> Keadaan bersih diri sebaik2nya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
2> Dlm keadaan khusyuk dan merendahkan diri kpd Allah dan menghadap ke arah kiblat.
3> Merendahkan suara dan tidak mengganggu org lain.
4> Jangan menggunakan lafz doa yang bersajak.
5> Yakinkan bahawa doa yg dipohon itu diperkenankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6> Mengulang-ulangkan ungkapan doa yg penting di tempat2 yg tertentu.
7> Memulakannya dgn memuji Allah dan selawat (ke atas Nabi Sallallahu'alaihi wassalam) dan juga mengakhirinya dgn pujian terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berselawat.
8> Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
9> Hendaklah memahami isi dan maksud doa yg dilafazkan.
10> Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jgn memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
11> Memulai doa dgn memohon keampunan utk dosa diri sendiri yg dilakukan, kemudia utk saudara-mara beriman.
12> Hendaklah dgn penuh perasaan pengharapan dan jgn cuba mengatakan:"Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan."
13> Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras bahu seperti yg dibuat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam.
14> Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
15> Berdoa dgn suara perlahan
.



aminn........


“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...