Tuesday 1 November 2011

10 perkara yang boleh merosakkan otak manusia...







1) Tidak mengambil sarapan pagi

seperti yang kita sedia maklum, otak merupakan salah satu bahagian badan yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sehingga 25% daripada jumlah keseluruhan tenaga. Kesilapan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini ialah alas untuk mengambil sarapan pagi yang mana akan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak dan menyebabkan banyak sel-sel otak yang akan mati dan membuatkan otak tidak berfungsi dengan baik pada hari tersebut.


2)Terlebih makan
Apabila terlebih makan juga akan membuatkan otak kita menjadi lemah. hal ini adalah kerana lebih banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Oleh itu, otak tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi dan menyebabkan kita hilang tumpuan, mengantuk serta hilang tumpuan.


3) Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana ia mampu membunuh sel sel otak


4)Mengambil gula berlebihan
Gula yang diambil secara berlebihan mampu menganggu penyerapan nutrisi oleh otak. Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan ini juga menyebkan otak menjadi tidak sihat


5) Menghidu udara yang tercemar
Otak merupakan anggota badan yang mengambil oksigen pada kadar yang paling tinggi dalam badan. Apabila menyedut udara yang tercemar, ia sekaligus akan mencemarkan otak dan merosakan sistem yang dikawal otak kita.

6)Tidur berlebihan
Tidur merupakan satu keperluan untuk setiap manusia. Namun, tahukah korang tidur yang berlebihan juga menyebabkan otal kita menjadi semakin lemah dan kemampuan berfikir juga akan berkurang.


7)Tidur dengan menutup muka
Apabila kita tidur meniarap atau tidur dengan menutup muka dengan bantal atau tangan akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen kerana karbon dioksida akan terperangkan dan kita akan menyedut semula gas karbon dioksida yang dilepaskan tersebut. Hal ini akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen dan menjadi semakin lemah


8)Kurang berimaginasi
Berfikir adalah salah satu untuk mengasah kemampuan otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.


9)Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lemah dan tidak aktif.Maka dengan amalan berfikir ini mampu untuk melatih otak kita dan meningkatkan kecerdasan otak.


10) Tidak membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kalimah Allah S.W.T . Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada otak kita.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal
Perkara yang merosakan otak



* tu sebabla, sebelum gi kelas, ak akan mkn jgk walaupun seteguk air...
* walau sesibuk manapun kita,walau sejahil manapun kita, walau sejahat manapun kita, bacalah walapun sepotong ayat al-quran dalam sehari....
* bagi sesiapa yg merokok, cuba kurangkan tabiat anda itu...dan bagi yg belum merokok, jgn sesekali mencuba utk merokok..sygilah otak anda dan juga orng yg menyayangi anda....;)
* jgnlah kita terlalu melebih2kan tidur..manusia normal hanya memerlukan 7 jam masa utk tidur...jgn risau, nnti kita meninggal, kita akn tidur bt selama-lamanya..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...