Wednesday 2 November 2011

tips mendapatkan gigi dan nafas yg sihat dan segar...;))

semalam ak dan shaza singgah kat pameran pergigian..then  tnya2 la kat nurse tuh sal gigi ni kan..then ak tnya la mcm mana cara berus gigi yg betul sebenarnya..nurse tu ckp, jgn berus gigi dari arah kanan ke kiri or sebaliknya (yg mcm kita selalu bt tu), sbb nnti akn membuatkan gigi terhakis dan merosakkan gusi..So, cara yg betul ialah, gosok gigi dari arah atas ke bawah...memangla kita akan rasa mcm x bersih, tp kenyataannya itulah cara gosok gigi yg paling betul dan bersih...lau x pun, kta gosok gigi secara putaran (gosok mcm korng tulis huruf 0 )..cara ni pun akan mengelakkan gigi kita terhakis dan akan menjadikan gigi kita bersih...;)) kalau time kita gosok gigi tuh, gusi kita berdarah, biarkan aje..sbb tu tndanya gusi kita x sihat disebabkan cara kita menggosok gigi dari kanan ke kiri..nti kita dah amalkan cara gosok yg betul, iaitu secara putaran atau dari atas ke bawah, insyaAllah gusi kita akan sihat dan tdk akan berdarah...

ni ade lagi tips penjagaan mulut dan gigi:


* lepas gosok gigi, amalkan berkumur dengan air suam bergaram ( 1 gelas air suam + setengah sudu garam )..ni utk meneutralkan balik asid2 yg ade terlekat kat gigi kita tuh n berguna tuk sape2 yg ade plak gigi..lama2 nnti plak gigi tu akan hilang....;))


* amalkan tidur sambil menutup mulut....ini penting utk mengelakkan mulut berbau. Apabila kita tidur tutup mulut, air liur akan berkumpul dan melembapkan bahagian mulut kita serta melindungi gigi kita time kita tidur. Kalau korng jenis yg tidur ternganga tuh, cuba amalkan tidur dengan mulut tutup, sbb mulut kita akn kering dan udara akan masuk ke mulut..then udara yg masuk tuh akan react plk dgn gigi kita nih, sbb tu la akan menyebabkan mulut kita berbau...(moralnya:tido tutup mulut okeh)


* amalkan memberus lidah setiap kali lepas menggosok gigi..ini penting utk mengelakkan mulut berbau dan menghilangkan bakteria yang terlekat kat lidah kita...;))


* jgn selalu amalkan berkumur dgn listerine @ pelbagai jenis cecair berkumur..sbb nnti tkut ade kesan pada masa hadapan..cecair tu kan mengandungi banyak bahan kimia...so, guna cara tradisional je, berkumur dengan air suam bergaram...selamat + cepat + murah + berkesan..;))


* bt pemeriksaan gigi sekurang2nya 6 bulan sekali sama ada di hospital atau klinik...


* amalkan menggosok gigi sekurang2nya 2 kali sehari, iaitu selepas bgn dari tidur dan sebelum tidur...;))


* gunakan flos gigi(benang gigi), jgn main guna jarum je utk kuarkan benda2 yg terlekat kat celah gigi..nnti akan rosakkan gusi kita...


* pilh berus gigi yg sesuai ( lembut, sederhana, keras )


* sentiasa cium bau nafas kita, letak permukaan tapak tangan kita kat mulut dan try hembus nafas..ade bau x??lau ade..cuba perbaiki cara kita berus gigi dan jumpe dentist...

# jd kawan2, meh kita try tips2 yg nurse tuh ckp....ini utk kebaikan mulut dan gigi kita jgk...sape2 yg nak gigi, mulut dan nafas yg sihat, segar, dan wangi, jom kita amalkan sama2....;)))

cara berus gigi atas ke bawah




pic belah kanan : gusi x sht dan gigi terhakis


haha..jgn sampai jd camnih la eh..;))



ini gigi yg cantik dan sihat..;))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...